Hi semua.
Apa khabar B2B? Sibuk dan letih menjalani persiapan?
Apa khabar ex b2b?Sibuk menguruskan rumah tangga?
Saya doakan semuanya berjalan lancar. Amin.
Minggu ini tidak banyak yang saya selesaikan.
Namun hati ini bersyukur kepada Allah s.w.t terus melimpahkan kekuatan dan rezeki untuk saya terus membuat persiapan perkhawinan.
Pasti hidup kita diselingi cabaran. Itu memang pasti.
(baru sahaja membayar 1k++ untuk membaiki kereta)
Redha, tawadduk, sabar, bersyukur itu harus penjadi peneman hati.
Ok saya telah membebel dan melalut.
Minggu ini saya berjaya menempah cop untuk kad khawin nanti.
Hari ni saya akan mengambil tempahan cop saya itu! Yay!
Saya juga telah berjaya booking date tempat resepsi di belah saya.
(alhamdulillah, allahuakbar. allah s.w.t telah memudahkan urusan saya)
Dahulu saya bercadang untuk mengadakan majlis right after nikah. So senang hanya satu persalinan dan sekali make up sahaja. Tetapi ada perancanagn baru setelah mengambil kira beberapa faktor. Faktor utama adalah malas mengemas rumah selepas majlis. LOL!
Kini saya lega kerana berjaya memujuk ayah saya untuk mengadakan resepsi di suatu tempat.
Insya Allah nanti saya reveal kan tempatnya. Tempatnya simple dan menarik bagi saya.
B2B dari melaka mungkin boleh mempertimbangkan tempat ini. Yang pasti bukan hotel mahal yer.
Saya juga sudah membayar booking wedding card dari artchetak cuma masih belum melengkapkan borang kad khawin kerana beberapa perkara perlu dibincang dengan ibu bapa terlebih dahulu.
Saya tidak berani menentukan ayat-ayat undangan perkhawinan tanpa persetujuan ibu bapa. Hehe.
Lihatlah artchetak. saya sukakan konsep kak dura.Plus harganya berpatutan.
Lihat! Saya melalut lagi!
Berbalik tajuk di atas. Pada minggu lepas saya dan keluarga melawat en. tunang di Nilai.
Mengada kan? Hehe. en. Tunang ada oral exam so kami bagi sokongan moral (dan membazir masa beliau).
Kami pergi ke Nilai 3 untuk meninjau candle holder stand.
Tapi lain yang kami jumpa. Well i didnt expect much pun. I mean after few times visted nilai 3, i feel so frustrated untill I found ZC.
Sila lihat gambar di atas.
Kedai ini sangat menarik barang-barangnya dan juga harga. Jimat lah poket kita semua. Disambil mendapat barangan yang sedap mata memandang.
Bunga-bungaan di dalam kedai ini sangat unik. Wedding arche sangat cantik dan yay! Saya telah mendapat inspirasi baru. Cenderahati semuanya cantik cantik dan unik.
Oooohh sila lah melawat kedai itu.
Yang paling saya gembira kerana telah menemui tempat bunga pahar yang gorjezzz. Selama ini saya tidak berkenan pun setelah survey di pelbagai tempat dan akhirnya di ZC lah jodoh saya dan tempat bunga pahar dipertemukan.
Sangat murah. Range dari Rm 9-20. Dan yang penting TIDAK BERKILAT! oopss! saya memang tidak suka tempat bunga pahar yang berkilat2. Pening. Ada pelbagai warna di Zc, dari putih, grey,pink, hijau dan lain2. Semuanya chanteks!
Pastinya saya ingin melawat lagi kedai ZC. Mari B2B!
si buchuk dengan gelasnya! |
iye!kami mmg tamak,mahu minum gelas air BESAR!! |
No comments:
Post a Comment