Friday, August 19, 2011

The Drama of Reception Dress

Hi darling2 semua ^_~

How's ur puasa so far??

Ke ada yg belum kesempatan berpuasa? :-P

Mine so far so gud. 

Berusaha seboleh yang mungkin untuk beramal. Yelah, di samping dapat pahala kita boleh melatih diri utk lebih istiqamah kan kan?

Apa pun i harap semuanya baik-baik sahaja esp b2b yg xlama lagi je menjelang perkhawinan mereka.
Mesti tgh berdebar dan bermacam perasaan kan..

Well, wat about with other b2b?How's ur preps?
Mempunyai drama seperti saya??Hiks!

Sebelum ini, perancangan adalah pernikahan dan majlis dalam satu hari yang sama.
Juga merancang yang tidak akan bersanding di kedua - dua majlis.
Benarlah kata orang, kita hanya merancang.

Tempat resepsi saya bertukar. Bukan lagi di rumah. Hanya pernikahan shj di rumah. InsyaALLAH.
Lalu saya haruslah mencari sepasang baju lagi untuk resepsi. 
(ohhh pening)

Oleh kerana sudah byk berbelanja utk dua pasang baju(nikah & tandang) yang lain, jadi saya harus cut corner sedikit utk baju resepsi. Sedih? Tidak lah. Kebetulan saya memang teringin nak pakai songket bunga tabur. Ingin kelihatan cantik seperti mama saya ketika perkhawinana mama. Lengkap dengan dokohnya, tali pinggangnya, sanggul lintang.

Ohh yaaaa. I like it. Call me lame but i still like it.

Songket murah pelbagai pilihan haruslah ke City One Plaza bukan?
Telah beberapa kali saya ke sana dan seringkali merengek dgn mama melihat persalinan songket kontemporari dgn kain meleret. *suka suka*

Once i rea like the one at the Silver Star tapi sudah tiada lagi bajunya. Plus size di situ M atau L sahaja. We have to alter. Customade pun ada tp ntah la kenapa sy berat hati mahu customade di Silver Star.

Then we went from shop to shop like Bright Sail and other tapi colour tiada yang saya suka. Ohh saya kalau mahu colour itu mahu itu jugak. *gediks*
Yang saya mahu songket putih dan silver tapi nan ado. Saya hanya jumpa putih emas. Tak berapa cantik. Namun saya menjumpai satu warna yg saya perasan cantekkksss. Hehe.
Warna lemak ketam (kuning pink-two tone) berkait benang emas.

Kedai yang saya beli kain songket ini juga menawarkan perkhidmatan tailoring. Plus harganya cukup menawan dan dijanjikan seminggu sahaja sudah siap. Terus saya bersetuju.

Of coz kena marah dgn papa sebab saya bilang pd papa mahu beli yang ready made shj. Terus saya bg alasan pd minggu berikutnya saya outstation di Kl, so boleh lah saya ambil persalinan ini. Kemudian proses mengambil ukuran pun berlaku dan haruslah saya tanya soalan bonus pada akak itu.

'Boleh test tengkolok pada tunang saya?Sebab kepala dia besar sedikit. Songkok pun kena customade'.
Uhuk3! (love u syg)

Lucky that muat kalo x kaciwaaaaaa la saya kannnnnn..

Ntah kenapa saya tergerak hati untuk tidak membayar semua harga persalinan ini wpun bercadang sedemikian. Kemudian saya sekali lagi bertanya pada akak itu betulkah akan siap seminggu. Dan jawapannya haruslah IYE dikkk.

Selasa pada minggu hadapannya saya pun menelefon akak itu bertanyakan perihal baju saya. Saya memperkenalkan diri saya dan beritahu warna kain saya dan design yang sy nak(design sy pelik cikit).

Jawapannya "Sudah dik. Bila adik nak dtg fitting?' . Kemudia saya pun melonjak2 dalam hati dan berkata Jumaat la kak. Pagi nanti saya dtg.

Kebetulan minggu itu chuan on night duty thats why la we rea nak pegi fitting on Friday sebab saya berada di KL dan dia free waktu siang.

Kalo cuan on day shift memang la susah. Harus amek cuti. No No No. Byk cuti telah diambil.
Perlu simpan utk hal-hal lain.


Pagi jumaat itu saya pun bangun dengan awalnya dan pergilah ke butik itu dengan chuan.

Tapi apa yang saya dapat??

"eh baju adik belum siaplah. Akak tersilap. akak ingatkan orang lain"

Ohhh tidak!I feel like shit at that time! Seriously!Sape yg xmarah?I all the way from johor okehh which is about 5 hours drive. (eh mcm ko yg drive, pdhal driver).


Anyhoo I managed to calm down at that particular time. Dengan tegas i minta akak tu siapkan la apa rupa baju tu utk fiance and i fitting. Aku x kira la x berjahit pun baju tu berpin je ke janji aku fitting. Dasar!!!!

While that kitorg pg la round jalan TAR, KLCC smpai ptg nan ado akak tu kol. Cissss! Kali ni ko mmg sengaja kak. Kan aku dah pesan call aku kalau apa2. Mengamuk la aku secara professional di kedai itu.

Last2 dia janji esok ptg akan siap. ayat aku masa tu "ini janji apa?Melayu ke islam?kalo janji melayu akak sy xmau dah percaya". Dasattttt mulut ko ika. Kejam. Lantak. 

Esoknya pagi2 kitorg shoot pre wedding smpai kul 11. makan makan dah tghari. Still no news from akak tu. Then kitorg plak ngantuk tahap gaban so dua2 balik tdo dulu. Ptg kol akak tu dia kata dh siap. Seee????X reti nak kol customer. Sakit kepala aku!

full dress tggu october nnt yer ~_^




Overall, aku puas hati la dgn jahitan kedai ni. Walaupun dalam masa sehari jahitan dia mmg kemas. And aku suka cara dia gabungkan bunga tabur dgn kerawang di kain aku. Nice!!! Harga reasonable! CUMA service la lemau kan..Maybe korg boleh try,mungkin nasib aku yg terkena mcm tu.

Hmmmm, masa wedding preps ni banyak dugaan. Mula-mula aku selalu sedih. Tapi lama2 aku fikir,ini ujian tuhan. Aku perlu redha dan bersabar. Seterusnya menjadi kuat dgn kasih sayangNYA. Come to think of it, im surprised with myself. Aku xla bridezilla seperti yg aku expect. Mungkin aku dah xlarat or malas n redha jer. Mungkin. Ye mungkin.  *_*


Hence,mana2 b2b yg lain boleh la amek pengajaran di sini. Ini lah dugaan. Bukan senang nak mengerjakan sesuatu yg baik. Dan jgn lah kita terlandas dari matlamat yg sebenar iaitu pernikahan. Tak kesah lah kalo yg kita impikan x tercapai tp sekurang-kurangnya kita sudah berusaha. Kita harus bersyukur dgn rezeki yg Allah beri. Itu yang terbaik utk kita tanpa kita sedar.

K la....papai semua..Mooochh*Mooochhhh*

6 comments:

  1. waaa..best nye ika da siap! berbaloi la hiccups sume tu..

    ReplyDelete
  2. anes: hahaha..puas hati lar dgn jahitan baju dia wpun tak tau mcm ne nk ckp tahap kebengangan dgn akak tu. baju anes yg songket dah siap?

    ReplyDelete
  3. ika... belum lagi..pas raya baru start jahit..huhu..

    ReplyDelete
  4. bape habis untuk baju songket ye...klu x keberatan ain nk tau...

    ReplyDelete
  5. cik nurulain:400 sepasang lelaki dan perempuan :)

    ReplyDelete